Kesihatan

Semburan Fogging???

Apa itu semburan fogging? semburan ini bertujuan untuk pengawalan serangga atau kata lain semburan untuk kawal kadar kehidupan dan keaktifan nyamuk. bilakah semburan ini dibuat? kebiasaannya semburan fogging ini akan dibuat apabila terjadinya kes denggi di satu-satu tempat. contohnya, Aminah telah dijangkiti demam denggi dan telah ditahan di wad selama seminggu, maka seluruh kawasan yang berhampiran dengan rumah Aminah perlu dibuat semburan fogging agar tidak berlaku kejadian yang sama terhadap orang di sekelilingnya.

Antara perkara yang kita boleh elakkan daripada dijangkiti denggi dan mengelakkan daripada pembiakan nyamuk aedes ialah :

1. Jangan biarkan air bertakung terutama dalam tayar lama, pasu dan botol kosong.
2. Jangan biarkan air dalam tong di bilik mandi ditingga lama bertakung. Tukar air  di dalam tong tersebut dengan lebih kerap.
3. Jangan biarkan baju-baju berlonggok dan tinggalkan bilik dalam keadaan gelap kerana nyamuk suka di tempat yang lembap dan gelap

sekian perkongsian pengalaman saya..semoga bermanfaat..😊



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman

Kerja @ Tugasan

Musafirku